Daisypath Anniversary tickers

Friday, 20 January 2012

saya suka orang buat tutorial cara nak pakai selendang...


cabtik2 kan semua ni...sweeetttt sesangat...

sila comment di bawah :)

Ally iskandar Kahwin..Ohhh Noo!!...

Assalmualaikum...
rasa macam malas pulak nak memambahkan entri post hari ni...maklumlah...pengacara fovret aku kawin...
wawawawa!!! sedihnya....xpela...mesti ramai yang tertanya siapakan..JeNNNgggg....JeengGGG !
ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE Ohhh Menn!Sampai juga ally ni kawin walaupon dah masuk katagori lanjut usia...hihihi...Jangan mare yer...Comey sangat tunang ally...Farah lee...atau nama sebenar beliau 
Farahin Romli atau Farah Lee, 22 ops! 23 tahun...sebaya la pulak...pandai ally carik sepadan sesangat...sama cantik sama comey n sm rendah....hmm...sesuai...
ok fine...xmo merepek lagi...kat sini aku nak share kat semua...gambar-gambar perkahwinan,pertunagan, dan kad kahwin dorg...bukan ape cuma untuk menyimpan koleksi peribadi untuk aku tunjuk kan ada anak cucu cicit aku....hihi..

Secara diam-diam aku terfikir...ally ni mesti tunang senyap-senyap ni...sebab pe aku berpikir macam tu...sebab bila aku search-search dekat google image terdapat gambar ally yg agak mencurigakan...cuba lihat gmbar ni:-
toink2...saper di belakang farah lee tu...


ok First sekali ku nak share kad kawin dia....agak simple...tapi nice sgt...mungkin ada membawa makna yang tersirat kot...lebih baik simple dari grand2 kan..

Ok sekarng nak share gambar pernikahan dia pulak....dari pagi aku tertunggu-tunggu untuk wartawan upload gmbar ally nikah ni...akhirnya anggaran pukul 11 pagi....akhirnya...termakbul jugak niat aku nk menyaksikan majlis gilang gemilang ni...sweett sesangat...berbaju putih kedua mmpelai...tak pecaya tengok gambar dekat bawah ni...













ok...Nanti kita tunggukan besok persalinan masa majlis berarak....sesiapa yang tertunggu-tunggu tu.....harap-harap dapat lena tido la yer....semasa kegembiraan ally iskandar ni....terkejut tiba-tiba mendengar berita kematian izuan Pilus....Innallilahiwainalihirojiun....semoga arwah di tempatkan di kalangan orang yang soleh..Amin... :-(....Pada DIA kita datang dan Pada DIA JUGAK kita kembali...

sila comment di bawah :)

Wednesday, 18 January 2012

Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Telefon Bimbit


Aku AMek ni dari website : www.terblog.com banyak betul info yang kita leh perolehi dari blog ni...rajin2 la jenguk...blog ni..tahniah kepada admin blog yg mwujudkan blog ni... Artikan yg ni amat menarik...sure dapat menambahkan ilmu pgetahuan kita...



1) NOMBOR KECEMASAN 

Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock ) sesetengah telefon. 

2) KERETA TERKUNCI 

Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja. Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya. 

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI

Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda . 

4) TELEFON KENA CURI 

Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya . 

p/s: sumber facebook.


sila comment di bawah :)

Wednesday, 11 January 2012

i'm Lonley



Terpanggil untuk menambahkan entri post blog aku arini...dah dua minggu aku sunyi sangat..kalau pergi kerje aku sibuk dengan kerja...tapi bila balik rumah...hmm...Dia busy sangat,,,katanya minggu exam...tapi aku selalu terpikir..susah ke nak luangkan masa untuk layan msg2 aku..kol ke..bukan mintak lama pon...5 minit je...Mungkin dia tak pernah rasa pe yang aku rasa sekarang...malas untuk aku berfikir negatif tentang hubungan kami...aku kena percaya yang dia memang tak ada masa untuk aku dan untuk diri dia...sabar la nurul kuatkan semangat...aku kena cuba belajar untuk memahami dirinya...sekarang aku kena fikir perkara yang aku perlu lakukan untuk hilangkan kebosanan ni...alangkah bahagianya jika aku ade wifi dekat rumah..dapatlah aku melayari internet sekerap mungkin...tak pe la awak...yang penting awak tak pernah berubah hati..k la...tu jela yg aku nk merepek...



sila comment di bawah :)

Monday, 9 January 2012

PIX!! picture..

Assalamualikum..
Agak sukarnya untuk mencoretkan post untuk blog aku ni..
Tapi orang kata kalau nak menulis biar la pepagi..baru masyuk mood ...
Seronok tengok orang tangkap gambar gn DSLR..tapi untuk memilikinya bagi orang macam aku agak sukarla...cukupla tiap-tiap bulan aku asyik dok membayar kereta da astro da bagi duit dekat parent..
Aku just nak share gambar-gambar yang aku tangkap dengan menggunakan handphone aku yang canggih ni..SAMSUNG GALAXY MINI...tu je yang aku mampu..hihi...Saja nak share-share gambar untuk tatapan pengunjung yang sedia melewati blog aku yang tak seberapa ni..Bak kata yuna di setiap gambar ada LAGU!
hihihi..........Sudi-sudikan tengok.

1.Ni beruk yang paling comel....sekali...beruk ni jadi penaman aku jika aku stress ngn bos aku...Hmmm..
   Nama beruk ni Ali....secomel-comel pon beruk ni...agak  nakal jugakla..pernah aku kena  sepak..hampeh...tol



 2. Hah ni dia gambar hamster kesayangan aku..aku bagi nama mimi dan fifi...tapi mak aku membantah sekeras-kerasnya nama tu..Dia kata nama tu tak sesuai...xsesuai ke...Nak tak nak aku terpaksa ikut kata mak menamakan hamster aku yg comel tu Mina dan Abu...like kampung...tapi xpela..comel pe nama tu..aku sanggup berhabis duit aku yang tak seberapa ni tok membeli mainan glob.makanan dia...da la si mina tu kuat makan..asyik kn beli je makanan dorg ni..Yang tengah gigit pintu tu abu. mina pulak yang gigit sangkar kat atas tu...comeykan..hikhik!.




Gambar Masa Mandi...



 3. Abaikan gambar yang senget dibawah...puas aku betulkan macam tu gak...lantak la...ni la aiskrim idaman aku..Baskin Robin...rasa sangat sedap..tapi mahal...mangkuk kecik ni pon sampai RM 15.00...boyfriend aku yang belikan...first time makan teruja sangat....dapat gak aku merasa aiskrim ni...Thanx Sayang


 4.Hah! Kalau di namakan perempuan tidak akan terlepas untuk memiliki beg make up...Ni la make up aku yang tak seberapa dan semahal orang lain...Beg ni sweet sesangat..aku beli dekat jepun..hahahaha...berangan sudah,...tapi aku tak tipu,,,ni memang barangan jepun ..tapi aku beli kat jusco ...murah je..RM5.00...mula-mula nak amek warna hitam...cantik jugak la...tapi boyfriend aku kata warna pink lagi cantik...Ok fine...ikut cakap dia...Yela Pinky Boy..hihihi...


 5. Ok..nak story sikit pasal picture ni...ni la jalan yang aku lalui....Masjid Tanah....I love masjid tanah.....hampir 10 tahun jugak la aku lalu jalan yang sama tak pernah berubah...seperti sedia kala...menyaman kan dan jauh sekali terperangkap dengan trafic jam...alhamdulilah..





6. Kerana kepelikan iklan ni aku terpanggil untuk menangkap gambar...Semasa aku ternampak iklan ni aku ingatkan betul-betul ada jawatan kosong...setelah di amati betul-betul.peh...menusuk kalbu....rupanya iklan untuk mengajak umat islam mengerjakan solat...Kreatif betul siapa gerangan si pencetus idea ni..

7. Kecantikan Bulan purnama di waktu malam..Subhanallah...aku amek kat uma masa nak pergi uma dayah...sbnrnya lagi cantik gambar ni kalo nak di ikutkan...tapi maklumlah guna ph je kot..hihihi

 8.Kad Raya...tahun 2011,...setelah sekian lama aku mintak akhirnya dapat jugak kat raya ni...bes sesangat...kalau masa sekolah dulu ramai lah orang bagi kad raya...tapi dah keje ni jangan harapla...ni daripada my syg....sweetkan wrne merah lagi...bunga-bunga g kot...aku bagi dia kad raya kartun je..siap der lagu lagi...Bawah ni pulak patung yang sentiase akan teman aku dlam kereta bak kata kawan-kawan aku senang je nak cam kete aku ke tak..carik je patung ni...my love gak bagi..hihi..tq yer syg..



Ok la..letih la plak...sampai sini je la aku taip...lenguh dah tangan ni...bye

sila comment di bawah :)

Saturday, 7 January 2012

Wednesday, 4 January 2012

tahun 2012

Akhirnya melangkah juga aku ke tahun baru..alhamdulilah masih lagi aku bernafas dan terus menjalani kehidupan ini...agak malas untuk menulis pada masa sekarang akibat kebusy an aku yang terlampau,...adoii...letih sesangat badan ni...tAHun 2011 banyak meninggalkan segala memori...hope pada tahun baru ni...dapat la aku merealisasikan impian dan azam aku...Hmmmm...niat hati nak menjadi seorang muslimah yang solehah...harap-harap termakbulah...kita hidup kat dunia ni bauakn tok menongkat langit...sampai masa kita akan kembal;i kepdaNYA juga...tibe2 terpikir lak citer 2012..cerita orang omputih yang mengambarkan dunia ni kiamat...huh!...
agak mengerikan...tapi sebagai orang islam kita kena percaya yang tiada siapa
yang tahu bile akan berlakunya hari kiamat....
biarkan saja la....tanggapan ni....Hanya Tuhan je tau...
Azam tahun baru ni banyak...antaranya :-

1. Nak perbaiki solat dan mendekatkan diri dengan Tuhan
2. Nak kumpul duit...
3. Nak pakai Braces( kn kukuh ekonomi dulu...hihihi )
4. Nak membahagiakan Ibu Bapa..
5. Nak melaksanakan kerja2 dengan sempurna...
6. Nak belajar masak and buat kek...(bl bufday dpt jimat skit duit..buat jek sndiri )


And the last...masa terpikir untuk nak bertunang,berkahwin dan berkeluarga....baru tergerak nk berpikir....
mungkin g 2 or 3 tahun g la baru terlaksana...hihihi...

Kena senyummm selalu...bak kata lagu saper ntah yang nyai

'' senyum xperlu kata apa2.. ''

ok la.....da xde  idea nak tulis....

sila comment di bawah :)

Tuesday, 27 December 2011

MenaNtu Pilihan Mak Mentua..Seksi VS sopan

Kadang-kadang terfikir sejenak..Bagaimana reaksi jika kita berhadapan dengan mak mentua..aku pon belum pernah mengalami ini semua..Mesti jantung akan berbunyi DUNG DANG DUNG DANG...

MACAM TAK KENA JE GAMBAR NI...TAPI BOLEHLA...UNTUK MENGAMBARKAN PERASAAN TAKUT!!

gerunnya..Orang kata kalo kita nak jumpa bakal mak mentua,kita kena pakai baju sopan-sopan.kaau boleh biarla berbaju kurung agar nampak manis..tapi bagaimana pula bagi girls yang seksi..mesti rase diri hipokrit sangat.bukan apa, bila seseorang gurl yang seksi cb berpakaian sopan,itu namanya menipu bakal mak mentua dan family nya...bukan takat tipu dorang je...kita juga menipu diri sendiri..Hmmmm agak complicated di situ..Cuba jaga hati dalam masa yang sama menipu...agak mudah bagi gurl yang pakai tudung.pakai apa saja kompem nampak sopan.Di mata mak mentua biarla anak mereka dapat hidup bersama dengan orang yang boleh membimbing ank mereka menjadi lebih baik.kita tidak boleh menyalahkan pendapat mak mentua..
fIGHTING MUM!!
Tapi dunia sekarang dah tak perlu risau...sebabb orang bak kata org bandar up to date...gitu la gmaknya...jadi bagi gurl yg seksi tidak menjadi masalah jika mahu berkahwin dengan orang bandar...tapi agak merumitkan bila berkahwin dengan orang kampung...Tidak kirala siape pon kita....semua gurl kat dunia ni sentisase berharap agar dapat mak mentua yang baik dan boleh meerima mereka seadaanya...termasuklah aku...moge Tuhan mempermudahkan aku bila sampai seru untuk aku berhadapan dengan mak mentua...huh!!...AMIN..


sila comment di bawah :)

Thursday, 22 December 2011

Biar mimpi sampai ke bulan

Seronoknya bila tengok cerita ni...romantik sangat..Elfira Loy dan Randi...Sweet sangat ....Elfira Loy ni pon cun...tapi sayang...pendek la plak budak kecik ni...hihihi...kalau dia baca mesti dia marah kan...
Tapi dalam cerita  mengisahkan tentang seorang anak penjual ayam yang teringin menjadi kaya...dan mempunyai kawan yang kaya tetapi bendul skit...nak jadi ala2 minah salleh....tp hmm... hampeh...
Kawan dia ni baik sesangat sampai sanggup bagi i phone 4...hanphone mahal...bagi pinjam baju2 mahal semua .la,....walaupon kawan dia ni bendul skit...tapi dia mempunyai kemahiran dalam bidang solekan..


.Kawan Alia ni....ingin menjadikan mimpi alia ni sebagai kenyataan...walaupun sekejap je...Impian alia di realisasikan dengan bantuan kawannya,,,dengan langkah pertama membuka akaun facebook...
Setelah sekian lama menunggu friend ...akhirnya randi mengkompemkan alia sbgai friend nye..Randi menyamar mnjadi seorang ank org miskin.sEBENARNYA ...Randi merupakan ank kepada saudagar kaya dari Indonesia....


Melalui penyamaran ini..randi akhirnya mengajak alia keluar untuk First Date ....Alia terus memberitahu kepada kawannya yang kaya itu mengenai first date nya dgn randi...Kawannya yang bendul terus meminjamkan bajunya kepada Alia agar penyamaran ini tidak akan di ketahui oleh Randi.Dalam masa yg sama Randi terpaksa memakai baju lamanya yang telah di buat kain buruk dan berbau ayam..Kelakar sungguh...Alia pergi ke tempat yang di janjikan bersama sahabat baiknya untuk bertemu Randi...Sampai disana , Alia dan randi terpukau melihat sesama mereka...sedangkan kawan alia yg bengong tu telah menutup hidungnya kerana tidak tahan bau baju randi yang busuk itu..Alia tidak kisah berkaitan ngn bau itu sebab keluarganya memang penjual ayam..agak penat untuk bercerita lagi..sebab nak mengarang ni pon dah ambil masa 3 hari..huhu..Randi ingin berterus terang pada Alia...Randi mengaturkan pertemuan ngn alia..Setelah bertemu..Randi terus bercerita perkara sebenar tentang dirinya..Randi ingin meminta maaf pada Alia kerana berbohong ..Alia memaafkannya.




Timbul pula dalam hati alia utk berterus terang juga ttg dirinya sbnr...Mmg benar lelaki sungguh ego..Penjelasan alia di hentam kuat oleh Randi.Randi tak dapat untuk menerima diri alia..Kesian Alia...Alia lari dan tidak mahu berjumpa Randi lagi..nTAH bagaimana datang nya kepintaran kawan alia sehingga pandai berkata2,Kawan Alia marah krn perbuatannya kepada Alia.Kawannya mencerita kan hal sbnr kpd Randi dan mmberitahu Randi bahawa Alia tak seprti yg di sngka..And the last part...Randi pergi ke pasar dimana Keluarga Alia berniaga Ayam.Randi menjerit dan meminta maaf kepada Alia kerana sikapnya yg trok itu.Randi memberanikan diri kpd semua org dgn menjerit menyatakan kepada Alia....ALIA SAYA SAYANG BANGAT SAMA KAMO..!!..Alia menampar Randi sambil menyatakan AKU SAYANG SAMA KAMO BODOH...romantik berserta gurauan kasar di situ..Berakhirla kisah fantasi yang berjudul BIAR MIMPI SAMPAI KE BINTANG..


.Pehh...bangga rasanya hati sebab dapat menaip sepanjang ini...letihnya jari...

sila comment di bawah :)

Monday, 19 December 2011

PE NAK JADI DENGAN DUNIA SEKARANG


Pelajar yang bernama Ariff Alfian Rosli ini merupakan pelajar perubatan tajaan Petronas dan tidak dapat dihubungi oleh keluarga mereka selama 3 tahun. Menurut ayah Ariff Alfian Roslin, Rosli Haron, dia dan isteri telah 8 kali pergi ke Dublin untuk mencari anaknya. Dan hari ini misteri kehilangan Ariff telah terbongkar apabila dia didapati telah berkahwin dengan Jonathan, seorang lelaki warga Dublin.Nampaknya apa yang ditakuti oleh ayah Ariff iaitu anaknya terlibat dengan pergaulan bebas menjadi kenyataan. Ini sangat mengecewakan dan pastinya memberikan impak kuat kepada ibu dan ayah Ariff. Untuk makluman, pihak Petronas telah pun menyaman ayah Ariff selaku penjamin pertama dengan menuntut kembali wang pengajian RM890,000 yang telah dilaburkan kepada Ariff.Sama-sama kita doakan agar Ariff Alfian Rosli menyedari yang ramai rakyat Malaysia mengetahui berita perkahwinan sejenisnya dan mahukan dia kembali ke pangkal jalan. Kepada keluarga Ariff, Abang Nara harapkan anda bersabar dengan dugaan hebat ini. Harap-harap semuanya akan kembali seperti biasa. Amin.





INI yang telah aku baca dalam entri beutifulnara...Subhanallah...Arif ni seorang yang genius ,di kurniakan akal yang hampir sempurna...tapi apa telah jadi...aku tau dalam dunia ni...mesti ramai ibu bapa yang berbangga jika dapat anak yang pintar seperti dia ni...tapi dalam kegembiraan itu kita perlu beri ilmu agama yang mendalam kepada diri anak-anak agar tidak mudah terpesong macam ni..kenapa lah dia sanggup menghancurkan harapan keluarga...kesian ibu bapa dia..jika kita tidak ada ilmu agama yang mendalam tak payah la nak berangan nak belajar di luar negara...mmg glamor..tapi kita kena tau di luar negara segala kelakuan bebas,pe saja yang kita buat tak akan di persoalkan oleh sesiapa...godaan syaitan di sana pon bkn calang-calang...So, lagi baik belajar kat dalam negara sekurang-kurangnya...kita terhindar daripada melakukan pebuatan yang terkutuk ni...kepada arif...kembalilah ke pangkal jalan.jangan ikut hawa nafsu...dekatkan diri pada TUHAN.dia pasti akan membantu...

sila comment di bawah :)

Tuesday, 6 December 2011

Jambu batu: Ombak Rindu..

Jambu batu: Ombak Rindu..: seronok betul dengar cerita ni...ramai yang kata...cerita ni best...sbb di adaptasi daripada novel...ehmmm tapi aku xpernah pon baca novel ...
sila comment di bawah :)

Ombak Rindu..

seronok betul dengar cerita ni...ramai yang kata...cerita ni best...sbb di adaptasi daripada novel...ehmmm
tapi aku xpernah pon baca novel OMBAK RINDU ni...tapi kdg2 aku rasa bagus gak xbaca nanti xder la aku asyik tau je jalan citer dia....baru la gampak sikit...
tapi dalam citer ni aku minat giler dengan lagu tema dia...PEHHH!!
orang kata ....masyuk la....bes giler2..
firstly dengar aku ingatkan penyanyi dia indonesia...tapi rupanya HAFIZ AF...yg rmbut dia sm ngn pakwe aku 2..
hihih...mantap la...
ni aku nak letak dalam blog la....biar menjadi inspirasi bl aku bkk blog...dapat dgr lagu ni....



aku letak sekali lirik.. yela...takut tersilaplak lirik kan...


LIRIK LAGU DAN VIDEO MP3
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


sila comment di bawah :)

Monday, 28 November 2011

Penghijrahan selebriti-by murai.com

Catriona Ross atau Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross (Pelakon)

"Bagi saya Hijrah bermaksud seorang manusia itu kembali kepada fitrah. Setiap anak Adam dilahirkan dengan fitrah yang tidak pernah membohongi dan sentiasa ingin kepada yang kebaikan, kepada yang maaruf serta dekat dengan pencipta.
"Alhamduilah, tiada kata yang dapat menceritakan bertapa bahagia dan damainya diri saya apabila Allah memanggil saya untuk pulang kepada fitrah.
"Oleh itu, saya ingin mengingatkan sesama kita agar sentiasalah mencari ruang untuk dekat kepada Dia.
"Jangan nantikan malah mulakan pencarian dengan sesungguhnya. Semoga kita sentiasa dalam redha dan Allah Azzwajalla".

Siti Nordiana (Penyanyi)

"Mengimbas kembali sejarah Maal Hijrah, kita pasti kagum dengan pengorbanan Nabi Muhammad yang menempuhi pelbagai dugaan ketika berhijrah dari tanah suci Mekah ke kota Madinah.

"Jadi sebagai pengikutnya, kita patut mengambil tauladan dan pengajaran dari kisah itu. Ketika zaman Rasullah banyak cabaran dan kesukaran yang perlu ditempuhi untuk mendalami dan mendekati Islam berbanding dengan zaman kita sekarang.
"Menyedari perkara itu, saya terus mengambil tindakan untuk berubah dan berhijrah lebih baik ke jalan yang diredhai Allah. Oleh itu, sempena Maal Hijrah ini saya menyeru agar marilah sama-sama kita berhijrah kepada arah kebaikkan agar kehidupan kita menjadi lebih baik, InsyaAllah".

Diana Amir (Pelakon)
"Sebenarnya banyak aspek yang kita boleh lakukan dengan berhijrah kerana hijrah merupakan satu perkara atau perubahan diri yang kita lakukan ke arah lebih baik.
"Saya percaya, sesiapa saja mahukan yang terbaik untuk diri dan hidupnya. Jadi secara tidak langsung kita telah melakukan penghijrahan dalam hidup kita.
"Saya rasa, bila saya mengambil keputusan untuk berubah saya rasa itu adalah yang terbaik untuk diri saya sebagai bekalan di akhirat kelak. Malah sebagai seorang artis, saya rasa secara tidak langsung sekurang-kurangnya saya dapat menunjukan tingkah laku dan akhlak yang baik sebagai panduan untuk peminat saya.
"Jadi sempena Maal Hijrah ini saya harap semua umat Islam mendapat keberkataan daripadaNya. Saya juga ingin menyeru kepada semua untuk berubah sebelum terlambat kerena kita masih ada pelaung untuk berhijrah".


tRANSfomasi ke aRah Kebaikan

DULU




SEKARANG
DULU
DULU
SEKARANG
SEKARANG









sila comment di bawah :)