Daisypath Anniversary tickers

Monday 15 October 2012

Practice making perfect ...( ^^_^^)

Ok..semalam aku ada sediakan 2 jenis menu ..
 
Satu :-

Koktail Kastard(yum2)

Bahan-bahan yg di perlukan

(a) Lapisan kastard

  • 1 cawan tepung kastard
  • 5 cawan air
  • sedikit gula 
  • sedikit garam
(b) Koktail + jelly kristal ( ada jual kat kedai)
(c) Bahan untuk kuah
  • 1 tin susu cair
  • sedikit gula 
  • 2 sudu tepung kastard
Cara-caranya

1. masaukkan tepung kastard ,5 cawan air ,gula dan sedikit garam dalam periuk...kacau sehingga likat dan berkilat..mungkin agak lama jugak la...supaya kastard kita bila sejuk akan jadi keras..pastikan api dalam keadaan slow yer..

2. Setelah siap ,masukkan kastard dlam dulang atau pinggan comel..dan biarkan sejuk...setelah kastard keras taburkan koktail dalam tin tu letak dekat atas kastard tersebut...

3. Untuk Jelly kistal..baca arahan pada kotak jelly untuk membuatnya..make sure air koktail yang berlebihan di tuang kan sekali dalam proses memasak jally kristal tersebut..setelah masak...taburkan jelly kristal ke atas koktail tersebut...dan biarkan sejuk...dan keras

4. Untuk kuah paling mudah...masukan 1 tin susu cair dalam periuk...kemudian masukkan gula dalam satu sudu..bergantung pada tahap manis yg kita nak...pas tu masaukkn garam sikit dan masukkn 2 sudu tpung kastard..kacau...sehingga 5 minit..kemudian agkat dan masukkan dalam mangkuk..

koktail ni enak di makan bersama ketulan air batu...so semua org boleh cuba buat okey..




nex menu..

Muffin jagung

Bahan-bahan
(A) bahan 1 (ayakkan)
  • 2 cawan tepung gandung
  • sedikit baiking powder
  • sedikit bikabonat soda
  • sedikit garam

(b) Bahan 2
  • 1 tin jagung
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula..
cara-cara

1. campurkan semua sekali bahan tersebut dalam 1 bekas...kemudian gualkan dan boleh diletakkn dalam cawan kertas yg kite selalu gunakan untuk buat biskut almond landon..

2. Setelah selesai...ambil cawan kertas tadi masaukkan dalam acuan kuih apam ..dam masukkan dalam periuk kukus..make sure...semua lubang-lubang pada periuk di tutup kemas supaya air tak masuk dalam muffin..setelah selesai boleh dihidangkan untuk di gap bersama2..hihihi



sila comment di bawah :)