Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 27 December 2011

MenaNtu Pilihan Mak Mentua..Seksi VS sopan

Kadang-kadang terfikir sejenak..Bagaimana reaksi jika kita berhadapan dengan mak mentua..aku pon belum pernah mengalami ini semua..Mesti jantung akan berbunyi DUNG DANG DUNG DANG...

MACAM TAK KENA JE GAMBAR NI...TAPI BOLEHLA...UNTUK MENGAMBARKAN PERASAAN TAKUT!!

gerunnya..Orang kata kalo kita nak jumpa bakal mak mentua,kita kena pakai baju sopan-sopan.kaau boleh biarla berbaju kurung agar nampak manis..tapi bagaimana pula bagi girls yang seksi..mesti rase diri hipokrit sangat.bukan apa, bila seseorang gurl yang seksi cb berpakaian sopan,itu namanya menipu bakal mak mentua dan family nya...bukan takat tipu dorang je...kita juga menipu diri sendiri..Hmmmm agak complicated di situ..Cuba jaga hati dalam masa yang sama menipu...agak mudah bagi gurl yang pakai tudung.pakai apa saja kompem nampak sopan.Di mata mak mentua biarla anak mereka dapat hidup bersama dengan orang yang boleh membimbing ank mereka menjadi lebih baik.kita tidak boleh menyalahkan pendapat mak mentua..
fIGHTING MUM!!
Tapi dunia sekarang dah tak perlu risau...sebabb orang bak kata org bandar up to date...gitu la gmaknya...jadi bagi gurl yg seksi tidak menjadi masalah jika mahu berkahwin dengan orang bandar...tapi agak merumitkan bila berkahwin dengan orang kampung...Tidak kirala siape pon kita....semua gurl kat dunia ni sentisase berharap agar dapat mak mentua yang baik dan boleh meerima mereka seadaanya...termasuklah aku...moge Tuhan mempermudahkan aku bila sampai seru untuk aku berhadapan dengan mak mentua...huh!!...AMIN..


sila comment di bawah :)

Thursday 22 December 2011

Biar mimpi sampai ke bulan

Seronoknya bila tengok cerita ni...romantik sangat..Elfira Loy dan Randi...Sweet sangat ....Elfira Loy ni pon cun...tapi sayang...pendek la plak budak kecik ni...hihihi...kalau dia baca mesti dia marah kan...
Tapi dalam cerita  mengisahkan tentang seorang anak penjual ayam yang teringin menjadi kaya...dan mempunyai kawan yang kaya tetapi bendul skit...nak jadi ala2 minah salleh....tp hmm... hampeh...
Kawan dia ni baik sesangat sampai sanggup bagi i phone 4...hanphone mahal...bagi pinjam baju2 mahal semua .la,....walaupon kawan dia ni bendul skit...tapi dia mempunyai kemahiran dalam bidang solekan..


.Kawan Alia ni....ingin menjadikan mimpi alia ni sebagai kenyataan...walaupun sekejap je...Impian alia di realisasikan dengan bantuan kawannya,,,dengan langkah pertama membuka akaun facebook...
Setelah sekian lama menunggu friend ...akhirnya randi mengkompemkan alia sbgai friend nye..Randi menyamar mnjadi seorang ank org miskin.sEBENARNYA ...Randi merupakan ank kepada saudagar kaya dari Indonesia....


Melalui penyamaran ini..randi akhirnya mengajak alia keluar untuk First Date ....Alia terus memberitahu kepada kawannya yang kaya itu mengenai first date nya dgn randi...Kawannya yang bendul terus meminjamkan bajunya kepada Alia agar penyamaran ini tidak akan di ketahui oleh Randi.Dalam masa yg sama Randi terpaksa memakai baju lamanya yang telah di buat kain buruk dan berbau ayam..Kelakar sungguh...Alia pergi ke tempat yang di janjikan bersama sahabat baiknya untuk bertemu Randi...Sampai disana , Alia dan randi terpukau melihat sesama mereka...sedangkan kawan alia yg bengong tu telah menutup hidungnya kerana tidak tahan bau baju randi yang busuk itu..Alia tidak kisah berkaitan ngn bau itu sebab keluarganya memang penjual ayam..agak penat untuk bercerita lagi..sebab nak mengarang ni pon dah ambil masa 3 hari..huhu..Randi ingin berterus terang pada Alia...Randi mengaturkan pertemuan ngn alia..Setelah bertemu..Randi terus bercerita perkara sebenar tentang dirinya..Randi ingin meminta maaf pada Alia kerana berbohong ..Alia memaafkannya.




Timbul pula dalam hati alia utk berterus terang juga ttg dirinya sbnr...Mmg benar lelaki sungguh ego..Penjelasan alia di hentam kuat oleh Randi.Randi tak dapat untuk menerima diri alia..Kesian Alia...Alia lari dan tidak mahu berjumpa Randi lagi..nTAH bagaimana datang nya kepintaran kawan alia sehingga pandai berkata2,Kawan Alia marah krn perbuatannya kepada Alia.Kawannya mencerita kan hal sbnr kpd Randi dan mmberitahu Randi bahawa Alia tak seprti yg di sngka..And the last part...Randi pergi ke pasar dimana Keluarga Alia berniaga Ayam.Randi menjerit dan meminta maaf kepada Alia kerana sikapnya yg trok itu.Randi memberanikan diri kpd semua org dgn menjerit menyatakan kepada Alia....ALIA SAYA SAYANG BANGAT SAMA KAMO..!!..Alia menampar Randi sambil menyatakan AKU SAYANG SAMA KAMO BODOH...romantik berserta gurauan kasar di situ..Berakhirla kisah fantasi yang berjudul BIAR MIMPI SAMPAI KE BINTANG..


.Pehh...bangga rasanya hati sebab dapat menaip sepanjang ini...letihnya jari...

sila comment di bawah :)

Monday 19 December 2011

PE NAK JADI DENGAN DUNIA SEKARANG


Pelajar yang bernama Ariff Alfian Rosli ini merupakan pelajar perubatan tajaan Petronas dan tidak dapat dihubungi oleh keluarga mereka selama 3 tahun. Menurut ayah Ariff Alfian Roslin, Rosli Haron, dia dan isteri telah 8 kali pergi ke Dublin untuk mencari anaknya. Dan hari ini misteri kehilangan Ariff telah terbongkar apabila dia didapati telah berkahwin dengan Jonathan, seorang lelaki warga Dublin.Nampaknya apa yang ditakuti oleh ayah Ariff iaitu anaknya terlibat dengan pergaulan bebas menjadi kenyataan. Ini sangat mengecewakan dan pastinya memberikan impak kuat kepada ibu dan ayah Ariff. Untuk makluman, pihak Petronas telah pun menyaman ayah Ariff selaku penjamin pertama dengan menuntut kembali wang pengajian RM890,000 yang telah dilaburkan kepada Ariff.Sama-sama kita doakan agar Ariff Alfian Rosli menyedari yang ramai rakyat Malaysia mengetahui berita perkahwinan sejenisnya dan mahukan dia kembali ke pangkal jalan. Kepada keluarga Ariff, Abang Nara harapkan anda bersabar dengan dugaan hebat ini. Harap-harap semuanya akan kembali seperti biasa. Amin.





INI yang telah aku baca dalam entri beutifulnara...Subhanallah...Arif ni seorang yang genius ,di kurniakan akal yang hampir sempurna...tapi apa telah jadi...aku tau dalam dunia ni...mesti ramai ibu bapa yang berbangga jika dapat anak yang pintar seperti dia ni...tapi dalam kegembiraan itu kita perlu beri ilmu agama yang mendalam kepada diri anak-anak agar tidak mudah terpesong macam ni..kenapa lah dia sanggup menghancurkan harapan keluarga...kesian ibu bapa dia..jika kita tidak ada ilmu agama yang mendalam tak payah la nak berangan nak belajar di luar negara...mmg glamor..tapi kita kena tau di luar negara segala kelakuan bebas,pe saja yang kita buat tak akan di persoalkan oleh sesiapa...godaan syaitan di sana pon bkn calang-calang...So, lagi baik belajar kat dalam negara sekurang-kurangnya...kita terhindar daripada melakukan pebuatan yang terkutuk ni...kepada arif...kembalilah ke pangkal jalan.jangan ikut hawa nafsu...dekatkan diri pada TUHAN.dia pasti akan membantu...

sila comment di bawah :)

Tuesday 6 December 2011

Jambu batu: Ombak Rindu..

Jambu batu: Ombak Rindu..: seronok betul dengar cerita ni...ramai yang kata...cerita ni best...sbb di adaptasi daripada novel...ehmmm tapi aku xpernah pon baca novel ...
sila comment di bawah :)

Ombak Rindu..

seronok betul dengar cerita ni...ramai yang kata...cerita ni best...sbb di adaptasi daripada novel...ehmmm
tapi aku xpernah pon baca novel OMBAK RINDU ni...tapi kdg2 aku rasa bagus gak xbaca nanti xder la aku asyik tau je jalan citer dia....baru la gampak sikit...
tapi dalam citer ni aku minat giler dengan lagu tema dia...PEHHH!!
orang kata ....masyuk la....bes giler2..
firstly dengar aku ingatkan penyanyi dia indonesia...tapi rupanya HAFIZ AF...yg rmbut dia sm ngn pakwe aku 2..
hihih...mantap la...
ni aku nak letak dalam blog la....biar menjadi inspirasi bl aku bkk blog...dapat dgr lagu ni....



aku letak sekali lirik.. yela...takut tersilaplak lirik kan...


LIRIK LAGU DAN VIDEO MP3
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


sila comment di bawah :)

Monday 28 November 2011

Penghijrahan selebriti-by murai.com

Catriona Ross atau Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross (Pelakon)

"Bagi saya Hijrah bermaksud seorang manusia itu kembali kepada fitrah. Setiap anak Adam dilahirkan dengan fitrah yang tidak pernah membohongi dan sentiasa ingin kepada yang kebaikan, kepada yang maaruf serta dekat dengan pencipta.
"Alhamduilah, tiada kata yang dapat menceritakan bertapa bahagia dan damainya diri saya apabila Allah memanggil saya untuk pulang kepada fitrah.
"Oleh itu, saya ingin mengingatkan sesama kita agar sentiasalah mencari ruang untuk dekat kepada Dia.
"Jangan nantikan malah mulakan pencarian dengan sesungguhnya. Semoga kita sentiasa dalam redha dan Allah Azzwajalla".

Siti Nordiana (Penyanyi)

"Mengimbas kembali sejarah Maal Hijrah, kita pasti kagum dengan pengorbanan Nabi Muhammad yang menempuhi pelbagai dugaan ketika berhijrah dari tanah suci Mekah ke kota Madinah.

"Jadi sebagai pengikutnya, kita patut mengambil tauladan dan pengajaran dari kisah itu. Ketika zaman Rasullah banyak cabaran dan kesukaran yang perlu ditempuhi untuk mendalami dan mendekati Islam berbanding dengan zaman kita sekarang.
"Menyedari perkara itu, saya terus mengambil tindakan untuk berubah dan berhijrah lebih baik ke jalan yang diredhai Allah. Oleh itu, sempena Maal Hijrah ini saya menyeru agar marilah sama-sama kita berhijrah kepada arah kebaikkan agar kehidupan kita menjadi lebih baik, InsyaAllah".

Diana Amir (Pelakon)
"Sebenarnya banyak aspek yang kita boleh lakukan dengan berhijrah kerana hijrah merupakan satu perkara atau perubahan diri yang kita lakukan ke arah lebih baik.
"Saya percaya, sesiapa saja mahukan yang terbaik untuk diri dan hidupnya. Jadi secara tidak langsung kita telah melakukan penghijrahan dalam hidup kita.
"Saya rasa, bila saya mengambil keputusan untuk berubah saya rasa itu adalah yang terbaik untuk diri saya sebagai bekalan di akhirat kelak. Malah sebagai seorang artis, saya rasa secara tidak langsung sekurang-kurangnya saya dapat menunjukan tingkah laku dan akhlak yang baik sebagai panduan untuk peminat saya.
"Jadi sempena Maal Hijrah ini saya harap semua umat Islam mendapat keberkataan daripadaNya. Saya juga ingin menyeru kepada semua untuk berubah sebelum terlambat kerena kita masih ada pelaung untuk berhijrah".


tRANSfomasi ke aRah Kebaikan

DULU




SEKARANG
DULU
DULU
SEKARANG
SEKARANG









sila comment di bawah :)

Tuesday 22 November 2011

Kerjaya yang pelik

kadang-kadang aku tol2 xpaham ngn syarikat yg aku ..
masa mula2 start keje aku jadi kerani je...
tapi bl da lame....der kekosongan jwatan marketing....syarikat ni lgsg xnmpk kebolehan aku...lalu cari orang len....
bila da dapt...aku still di tangga kerani lagi...
suatu hari org yg mmgng jwatan marketing 2 nk brhnti...
syrikat ni lanti ak...jadi marketing...gaji 2 xla same ngn org dulu yg pgng jwtn ni...
rendah sikit...
akhirnya syarikat ni ambil sorg lagi pekerja utk ganti kerani..
ak rase br lah syarikat ni hargai...
tb2 der sesuatu berlaku...
da akhirnya aku kmbali ke jawatan kerani smula...
aku pon xpaham...hampir 3 thn aku kat cni...
tapi pe yg syrikat ni nampk...
da mcm2 pgrbnn ak wat...tp msh xdapat mmbuka mate dorg...
alasan sbb gn diploma...mybbkan aku jatuh semula...aku rase ak xdhargai di sini...
insyaallah...dapat rezeki len aku nk angkt kaki je...
ak slalu pk kn syrikat ni...tp...hmmmm..



xpela...pe nk wt aku cuma de STPM je yg xstnding dgn DIPLOMA

sila comment di bawah :)

Saturday 19 November 2011

harapan yg masih belum ketemu jawapan

Aku masih berharap lagi...
berharap dan terus berharap...teringin sangat tok dia baca bingkisan coretan hati ni..
agar dia tau..
agar dia tau bagaimana perasaan ini terhadapnya...
sekarang aku cm berharap agar dia memaafkan ku...
dan terima kembali diri ini..
tolongla pikir dan berikan la aku jawapan yang mampu membuatkan aku kembali tersenyum...
walaupon semua ini belum pasti...
AKU MASIH BERHARAP AGAR DAPAT TAHU JWAPAN YNG TERLETAK PADA TANGAN NYA..





sila comment di bawah :)

saya salah

macam-macam dugaan datang...br je 9 hari pas ulgtahun....
xtemampu to aku tempuh smue ni...
kalo tok memilih antara semua orang ...jawpan ak xkan bertukar ak still pilih dia...
tapi dia sakit ati sgt...
atas sbb ak xikt ckp dia.....sedih 2....tapi pe mampu ak wat.....
mmg ak silap...tapi slme ni ak xpnh mmbntah pon....
br kali ni akxdgr kata dia...menjadi satu masalah besar...lately ni keje tol2 banyak...sampai ak sndiri xdpt nk tnggung...berat sungguh ujian ni.......tuhan tolongla berikan aku jawapan dan jalan penyelesaian..

ak xsggup tok khlgan dia..tolongla tuhan....bkkn ati nyer tok memaafkan ak....

sila comment di bawah :)

Saturday 12 November 2011

my Annivesary - 5 Year

Sedar xsedar...sekejap je masa berlalu...pejam celik pejam celik,da 5 tahu ak bersama ngn dia...
dari zaman sekolah...sehingga sekarang...saper kate puppy love xkan kekal..pelik lak guna perktaan puppy love...atau g senang orang pahan ialah,,,cinta monyet..
bukan monyet yng bercinta eh...tapi orang au...sekarang aku sibuk dengan kerjaya...dan dia still lagi menimba ilmu di menara gading...walaupon kadang2 kami berjauhan tapi cinta rindu n sayang sentiasa dekat di hati...
kadang2 kita xmampu tolak takdir kan...aku cuma berharap dia akan setia dgn aku...aku selalu berdoa agar jodoh kami akan berkekalan sampai kejinjang pelamin dan seterisnya hingga ke akhir hayat ak..
hEEpii Anivesary sayang..MOGE jodoh kite berkekalan sampai bila2..

sila comment di bawah :)

Tuesday 8 November 2011

Wanita Dalam Islam


Wanita merupakan kaum yang mempunyai darjat yang tinggi di sisi Islam. Walaupun barat mengatakan Islam merendahkan hak wanita dalam kebebasan. Tetapi setiap apa yang diaturkan-Nya melalui Islam untuk wanita adalah panduan hidup yang mengangkat darjat wanita itu sendiri. Sesungguhnya Allah SWT berfirman: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah 216)


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia". 

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan 

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t. 

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t. 

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. 

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun). 

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki. 

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh. 

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya". 

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu. 

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya. 

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. 

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. 

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga. 

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga. 

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka." 


sila comment di bawah :)

Tuesday 1 November 2011

Jambu batu: AKU & DUIT

Jambu batu: AKU & DUIT: Aku Dan dUIT.. NI JE AK mmpu ak tulis.. Duit gaji...ehm...xcukup kot...bayar 2 bayar ni da hbs... zaman sekarang ni... duit pnting sgt....
sila comment di bawah :)

AKU & DUIT

Aku Dan dUIT..
NI JE AK mmpu ak tulis..
Duit gaji...ehm...xcukup kot...bayar 2 bayar ni da hbs...
zaman sekarang ni...
duit pnting sgt...
kdg 2 aku terpikir gak...harga barang2 kita yg control...
xkn xleh pk cara nk turunkan harga tanpa mlepaskan beban ni pada Pengguna..
Ait...aku cakap da macam pakar ekonomo lak kan...
xsia2 Cikgu Siti Norbaiyah aja kan...Kita ni da jadi cm hamba duit je bak kate mmbr aku fayrus...
tapi kat dunia kalo xder duit xleh hidup kan...
Part time job..ingat nk niage..
tp pk modal lak...cmner la t ni kan...
kalo dapat keja yg gaji mahal pon ok gak kan...
kesimpulan nyer...manusia dan duit xkn dapat di pisahkan...

sila comment di bawah :)

Sunday 25 September 2011

Cemburu..

Perlu ke der perasaan cemburu dalam idup kiter..


Cemburu 2 kadang2 bagus...tapi menyakitkan...


orang kate cemburu tandanyer sayang...


Tapi  kalo da sysng xpayah la cmburu2 g kan...

Ehmm,,,,... Tolong la jangan cemburu sebab saya sayangkan dia...



sila comment di bawah :)

Saturday 24 September 2011

!! SEssssssTrEEEsss!!!!

Cara tangani Strees..



  • Banyakkan bersenam
  • Perlukan banyak bersenam 
  • Tulis dalam kertas semua masalah pas 2 bakar ( doa2 berkesan la )
  • pergi jumpe kaunseling
  • Jumpa org yang kiter xpuas ati 2..face to face
  • banyakkan baca al-quran ,mengaji
  • Pergi menonton wayang
  • Pergi berkaraoke dengan pakwe/makwe o kawan2..
  • berenang di pantai & kolam3
  • Perlu berpuasa...sebab orang berpuase kn byk bersabar..xleh mara2.
  • Mendekatkan diri pada  ALLAH..yang ni lagi penting


Nota : Jika kita menghadapi sebarang masaalah..mintalah pada TUHAN..kerana TUHAN mempunyai jalan penyelesaian  bagi semua masalah.





sila comment di bawah :)

Thursday 15 September 2011

SEddEyyy sgt ;-(

Dengar je lagu aisheteru...aku sedey sgt...
skg ngah gdoh ngh bf..
pe salah aku...rase nk nagis je...pompuan yg dia knl 5 tahun pon dia xpcy...
aku xpnh sorokkan pe2 dari dia...petah lagi nk curang belakang dia...
mmg aku bkn pompuan yang bek sgt..tapi ak sedeh nape sk wat andaian sendiri...
tolongla...ak cm harap dia pecaya kat ak..
kalo nk curang da lamer ak wat,...
ak kadang2 tak paham...mmg ak tau cmburu tandenyer syg...
tapi kn berasasla..
dia layan fb ngn org len...dpn ak lak 2...ak xrase pe2 lak...ak pon der perasaan ...cm ak terpakse myedapkan ati sendiri...xnk cmburu xtentu pasal...ntah la..ak xharap pepepon...
xpela...kalo di still g pk bkn2...


TERPULANGLA...ak da xlarat nk pk kan semue 2...Yg penting TUHAN nampak pe ak wat...TUDUH LA SELAGI BENDA 2 AWAK PECAYA...CAKAP PE PON XGUNER DA RASERNYER..EHMMM! 

sila comment di bawah :)

Thursday 8 September 2011

Dengki vs dengki :-)

Kenape dalam idup kiter ni perlu der sikap dengki..
skg ni ramai orang yang ngah aim ak..
ntah la...nk kater ak bawak mulot...xpnh lgsg ak bawak mulot ni merata or menyampaikan pe2.

ak bkn jenis yang suker gado2 ni...bak kater pakwe ak ...ak ni bek sgt...xpandai nk marah org xpnh pk nk balas dendam ker pe...

kiter kalo keje tapi pnh dgn sikap xpuas ati..dendam sesame sndiri...mmg susah la nk wat keje samer2..
kenape kiter perlu dengki n mengata sesamer sndiri...

idup ni...1 jer yg pnting...kiter perlu banyk bsabar..kalo x nanti kiter pon akn terjerumus dalam perasaan dengki..

kt kalo jauh dengan ALLAH kiter akan slalu luper dirii...Biarla pe org nk kater n nk wat kat kiter..aku cm mampu berdoa pade TUHAN agar dapat membuke pintu hati n merahmati idup org yg xsk kat ak 2..dan ak maafkan kesalahan dorg biaupon dorg xslh kat ak... AMIN.

sila comment di bawah :)

Wednesday 7 September 2011

Di Saat Ku Mencintaimu


Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

sila comment di bawah :)

MERAH ITU BERANI...HAHAHAHA...SAYER DAN MERAH!








sila comment di bawah :)

Monday 5 September 2011

SAKIT DI WAKTU SYAWAL...

first time ak kn ulser yg terok..
paling xbesnyer ak xpat nk makan makanan sedap2 maser first rayer...
sedeynyer.
ak cm mampu tgk je orang makan..
huhuhu...lamer gak ak sakit mlt ni...nk makan susah,,
nk senyum susah..sbb sakit ni...baran ak menjadi2..kesian saper2 yg kn marah ngn ak..
kenangan yg xpat ak luper kan...first rayer der ke abah ngajuk ngn nenek ak ...
cam budak2...adoi ai..tol org kater..
buruk org tua2 najuk ni..
hihihi...berbalik pada citer ulser ak...mak ak bising sbb ak x g klinik..bkn mak je..d pon samer ...
asyik marah je...bl ak kate..nanti..nanti dan nanti..
bkn ak xnk g...ak nak jimat duit...wlpon leh klim kat syarikat...ak rase beban sgt..nk menganti duit yg ak jage ilang...bkn sikit..banyak au..700...argh...nape di saat nk rayer jadi cmni...ak xhalal kan saper yg amek...biau tuhan yg bals smue 2...tension tol keje kat sini...nak xnak akibat sakit yg melampau sgt ak terus g klinik asuza dah kn 35 rnggit...mcm2 ubt dapat..ubat antibiotik,vit c,tahan sakit, n ubt titik lkat mulot..ak pakai still xbek g...siot je...makin sakit der la...org tua2 kate kalo mulot kn ulser..letak garam kat mulot..sayang ak pon ckp cm 2..ak pon ngn beranikan diri mencube..peghhh!! cam nk pengsan..sakit giler..ulser ak jenis bsr,,,ngn xsemene2 air mater ak kuar...xnk cb g...makan ubat sminggu pon xbek g...makin bertambah lak sakit ak di ikuti ngn suare ak yg cam ramli sarip ni...ai...ksian d..kuar ngn ak...maser ak sakit..xpat layan dia...g karok pon..ak nynyi 1 lagu je kot...2 pon trok...xpasal2 dia nyanyi sorg2...sori yer syg...besoknyer..ptg ak g klinik len lak..da xtahan sgt..ak g klinik bintang...dtg nyer kn tggu doktor 2..kakak kat kaunter 2 kate dktor smbhyg..tapi tb2 ak tgk dktor 2 kuar ngn awek dia dari bilik makan..hampeh tol..tu pon nk tipu..ckp jela dktor makan,...xpaham ak..alhamdulilah...sekarang ak da beransur pulih...syukur sgt...yeah,,,now misi utk makan kuih rayer n makan  rayer  ak xkan lepaskan lagi pluang kalo der  dpn mate...hahahaha ... ; )

sila comment di bawah :)

Friday 26 August 2011

3 Hari Menjelang Hari Raya

Di saat ini mesti ramai umat islam yang berpusu-pusu untuk menyiapkan persiapan untuk menyambut hari raya yang akan tiba untuk 3 hari lagi...jalan2 raya mesti dah start jem...maklumlah..semua warga bandar akan pulang ke kampung untuk berhari raya bersama keluarga...
maklum la...kalo hari2 len semua sibok dengan dunia masing2..yang ibu dan bapa sibok bekrja...
yg anknyer  sibok belajar..mase dan saat ini sje la mampu untuk mengeratkan tali silaturahim bersam sanak saudara dan keluarga..ak jugak skg sibok ...semalam...hampir pukul 2 pagi ak menolong mak mengemas...pehh!! pent n ngtuk gak lak..tapi malam semalam ak dapat tau bakat terpendam ak...nk tau x pe..ak da berjaya n mencantikan bunga2 lm yg aku gubah menjadi cantik...dan cool...kalo ak bukak kedai ni kompem byk tempahan...hihihi..pasan lak...semalam gak ak dapat kad raya drpd my lover...sweet sgt...siap der lagu g...berjaya jugak ak memaksa si dia menulis kad utk ak...thanx syg..arini n isnin  aku still lagi bekerja...adoi..mood keje da ilang tah ke maner...da malas rasernyer tok menyiapkan keja yg berlambak ni...xpe2...sabar...tanggungjawab tetap tanggungjawab kan.. go !!
actually ak tulis blog ni sajer suke2..bkn nk dapatkan FLOWER byk2..n popular..cm aku anggap blog ni cm diari yang mudah tok ak mencatatkan perasaan n kenangan yg aku lalui..bkn pe...blog bkn macm buku ...nk kn beli..amek pen...tulis tiap2 malam...leceh tol..aku da pnh wat...tapi separuh jalan je...kalo blog...mase keje pon leh tuliskan...k la...ak rase da byk sgt berceramah..Roger and Out DULU la...

sila comment di bawah :)

Thursday 25 August 2011

Tips Cara Memilih Calon Isteri & Kriteria Pemilihan Pasangan Hidup Yang Baik



Berikut ini adalah Kriteria Pemilihan Calon Isteri Yang Baik :
sweeties
1. Saling Jujur / Tidak Suka Bohong, Cinta Dan Setia
2. Penampilan Menarik

3. Taat Ibadah


4. Pandai / Pintar


5. Tidak Materialistis


6. Kalem / Emosi Stabil Rendah Dan Dapat Menghibur


7. Sehat Jasmani Dan Rohani


8. Dapat Dikontrol Dan Mengontrol


9. Persetujuan Orang Tua, Keluarga, Teman Dan Sebagainya


sila comment di bawah :)

Sunday 21 August 2011

BULAN ISLAM


Kelebihan bulan Sya`ban.
(Dari Kitab Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi)
1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.(Al-hadis)
2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)
3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).
4. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban.
5. Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).
6. Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).
7. Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan Sya`ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Sya`ban.(Al-hadis).
8. Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan -bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala Qalam. Kelebihan Sya`ban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan atas segala ambia(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis)
9. Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya`ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.(Al-hadis)
10. Sabda Nabi s.a.w: Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Sya`ban maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.(Al-hadis)
11. Sabdanya lagi: Apabila pada malam Nisfu Sya`ban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadah, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala` Aku a`fiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-hadis)
12. Tersebut dalam kitab Al-berkat: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa mereka pada hari nisfu Sya`ban.
13. Tersebut di dalam kitab: Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya`ban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya, katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah ta`ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu. Angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah s.a.w pun mengankatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit. Pada pintu langit pertama malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malan ini. Pada pintu langit yang kedua, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini. Pada langit yang ketiga, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini. Pada pintu langit keempat, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini. Pada pintu langit kelima, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah subhanahuwa ta`ala pada malam ini. Pada pintu langit keenam, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini. Dan pada pintu langit yang ketujuh, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu langit yang kelapan malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima doa), Jibril menjawab: Sehingga naik fajar subuh. Dan katanya lagi: Pada malam ini dimerdekakan hamba-Nya yang mukmin lelaki perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing bani kalab (bani kalab diantara orang-orang arab yang paling banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hamba-Nya daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari dunia dan malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan jibril ke Syurga untuk menghiasi syurga.
14. Barangsiapa membaca,
(Tiada tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dia, dengan ikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang kafir)
ditulis Allah baginya ibadat seribu tahun, dan dihapuskan daripadanya dosa seribu tahun, dan keluarnya dari kubur, mukanya seperti bulan purnama dan ditulis pada Allah taa`la orang benar siddiq (orang yang benar).
15. Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu sya`ban enam orang;
1) Orang yang kekal minum arak
2) Orang yang durhaka kepada ibubapa
3) Orang yang kekal dalam zina
4) Orang yang banyak berkelahi
5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta
6) Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi (Al-hadis).
16. Riwayat daripada Usman, sabda baginda Rasullullah s.a.w: Pada malam nisfu Sya`ban setelah berlaku 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya, dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin lelaki perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. (Al-hadis)
17. Sabda Nabi s.a.w: Ya A`isyah! Adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab A`isyah: Ya, aku izinkan lalu nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam nisfu Sya`ban itu, beliau sujud terlalu lama masanya, sehingga aku sangka beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, aku letakkan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka bergerak ia, gembiralah aku kerana beliau masih bernafas lagi, dan aku dengar beliau membaca di dalam sujudnya:
(Aku berlindung dengan kemaafan Engkau daripada siksa Engkau, dan aku berlindung dengan keredhaan Engkau daripada kehinaan Engkau, dan aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan yang datang daripada Engkau, aku tiada terhingga memuji Engkau sepertimana Engkau memuji diri Engkau). Nabi menyuruh A`isyah mengamalkan doa ini dalan sujud. (Al-hadis)
18. Sesiapa sembahyang pada malam nisfu Sya`ban daripada umat Muhammad s.a.w terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada nabi Isa a.s lalu Isa a.s pun berdoa kepada tuhan: "Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w".
(Nabi Isa akan diturunkan di akhir zaman untuk menegakkan syiarkan Islam menentang orang musyrikin, insyaallah).
19. Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah (berbuat amal kebajikan), iaitu malam Nisfu Sya`ban, malam Aidil Fitri pertama, malam Aidil Adha pertama, dan malam Arafah. Disambungkan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan merdeka daripada api neraka. Sesiapa sepanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang terakhir daripada Ramadhan umat Muhammad s.a.w berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari jumaat. Demikian pula disambungkan Asma Allah Al Azdhim (nama Allah yang teragung) di dalam Asmaul Husna yang amat mustajabkan doa padanya.
Amalan pada malam Nisfu Sya`ban.
Apabila telah selesai sembahyang Maghrib, hendaklah bi baca surah "Yaa Sinn" dengan niatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" pula kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" kali ketiganya pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.
-------------------
KELEBIHAN BULAN SYABAAN
Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Sya'aban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Sya'aban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.
Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Sya'aban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hira-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.
Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada Sya'aban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).
Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Sya'aban.
Sabda Nabi s.a.w.: Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya'aban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmini rohani).
Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.
Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Sya'aban kerana padanya terdapat dapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya'aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.
Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan Sya'aban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.
Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Sya'aban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya'aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyangutukan (syirik) denganNya sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.
Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Sya'aban maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang syirik dan orang yang tidak bertutur dengan saudaranya.
Apabila pada malam Nisfu Sya'aban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadat dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman yang bermaksud: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang ditimpa bala Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezki maka Aku rezkikannya, demikianlah pertanyaan lainNya sehingga keluar fajar subuh.
Tersebut dalam kitab Al-Barakah: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan dilaut berpuasa mereka pada hari Nisfu Sya'aban
Tersebut di dalam Kitab Iqna' : Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya'aban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasulullah s.a.w. kali keduanya katanya: Ya Muhammad! gembirakanlah kamu bahawa Allah Ta'ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tidak mengsekutukanNya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga.
Bahawa malam Nisfu Sya'aban adalah hariraya Malikat, begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadat sepanjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berhariraya pada siang hari dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada malamnya.
Barang siapa membaca pada bualan Sya'aban, ayat dibawah ini. Allah hapuskan daripadanya dosa seribu tahun dan keluarkan dari kuburnya mukanya seperti bulan purnama yang bermaksud:
Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Sya'aban enam orang:
1. Orang yang kekal minum arak.
2. Orang yang durhaka dua ibubapanya.
3. Orang yang kekal dalam zina.
4. Orang yang banyak berkelahi.
5. Orang yang melakukan perjualan dengan sumpah yang dusta.
6. Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi.
Pada malam Nisfu Sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turunkan kelangit dunia lalu berfirman yang bermaksud: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang meminta, maka Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang bertaubat maka aku Taubatkannya dan diampunkan bagi sekelian orang mukmin lelaki dan perempuan melainkin orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sabda Nabi s.a.w.: Hai Aisyah! adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab Aisyah: Ya, aku izinkan, lalu Nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam Nisfu Sya'aban itu, beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, Daku letakankan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka gembira aku kerana beliau masih bernafas lagi dan aku dengar beliau membaca di dalam sujutnya yang bermaksud::
AKU BERLINDUNG DENGAN KEMAAFAN ENGKAU DARI SIKSA ENGKAU DAN AKU BERLIDUNG DENGAN KEREDAAN ENGKAU DARIPADA KEHINAAN ENGKAU DAN AKU BERLINDUNG DENGAN ENGKAU DARIPADA KEJAHATAN YANG DATANG DARIPADA ENGKAU, AKU TIDAK TERHINGGA MEMUJI ENGAKU SEPERTIMANA ENGAKU MEMUJI DARI ENGKAU.
Nabi menyuruh Aisyah mengamalkan doa ini dalam sujut.
Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Sya'aban daripada umat Muhammad s.a.w. terlebih afdal daripadanya ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada Nabi `Isa a.s, lalu Nabi `Isa a.s. pun berdoa kepada Tuhan: Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w.
Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadat (berbuat amal kebajikan) iaitu malam Nisfu Sya'aban, malam Raya Fitrah yang pertama dan malam Arafah. Disembunyikan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan mereka daripada api neraka, supaya sapanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang akhir daripada Ramadhan umat Muhammad berlumba-lumba dalam ibadat dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari Jumaat
AMALAN PADA MALAM NISFU SYABAAN:
Selesai sembahyang Maghrib hendaklah dibaca YASIN. Dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.
Pada malam Nisfu Sya'aban sangat baik dibanyakan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita.
(Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.
Memohon keampunan dua ibubapa,
Maksudnya: YA TUHANKU AMPUNILAH AKU DAN KEDUA IBUBAPAKU DAN RAHMATILAH DUANYA SEPERTIMANA MEREKA MENDIDIK AKU DI WAKTU KECIL.
Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang)
Maksudnya: AKU MOHON KEAMPUNAN ALLAH DAN AKU BERTAUBAT KEPADANYA.
Membaca: (beberapa kali - pahala seperti ibadat seribu tahun).
Maksudnya: TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN TIADA KAMI SEMBAH MELAINKAN DIANYA, DENGAN CARA IKHLAS KEPADANYA, LAGI TETAP TEGUH DI ATAS TAUHID, WALAU PUN MEMBENCI OLEH ORANG-ORANG KAFIR.
Membaca Al-Qur'an.
Membaca Tasbih: (Seratus kali tiap-tiap satu)
Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.
Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung.
Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong.
Membaca Solawat Atas Nabi: ( 10 atau 100 kali pagi dan petang.)
Membaca Zikrullah: (100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.)
Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, sunat Dhuha, Sunat mengiringiFardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.
--------------------
http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2003/ic41_2003.htm
BULAN SYA'BAN :
Persediaan Di Ambang Ramadhan
Setiap bulan dalam sepanjang tahun mengikut kiraan taqwim Hijriyyah mempunyai kelebihan tertentu dan keistimewaan beribadat di dalamnya. Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta‘ala menciptakan hari atau bulan itu ada yang baik dan ada yang lebih baik. Sebagaimana yang disebutkan oleh hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam mengenai kelebihan bulan Muharram, Rejab, Sya‘ban, Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah sebagai bulan-bulan yang istimewa. Begitu juga dengan hari-hari tertentu seperti Juma‘at, Khamis dan Isnin mempunyai pelbagai fadhilat.
Bulan Sya‘ban Dan Galakkan Beribadat Di Dalamnya
Sekarang kita berada di bulan Sya‘ban. Bulan Sya‘ban juga mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam Islam. Keadaan ini samalah juga dengan bulan-bulan yang lain yang mempunyai fadhilat tersendiri, sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang ahli ibadat sebagai masa mengaut pahala.
Bulan Sya‘ban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam di mana Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam akan lebih banyak berpuasa di bulan ini. Pernah diriwayatkan bahawa Baginda tidak pernah berpuasa sunat dalam sebulan, lebih banyak daripada puasanya di bulan Sya‘ban.
Dalam makna yang lain Baginda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam memperbanyakkan puasa sunat di bulan Sya‘ban dibandingkan bulan-bulan yang lain. Oleh kerana itu amatlah dituntut bagi umat Islam mencontohi apa yang dilakukan oleh Baginda itu kerana selain memperbanyak amal kebajikan di bulan ini, ia juga merupakan suatu latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan.
Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya‘ban
Keistimewaan bulan ini bahawa amalan seluruh manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Maka antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah:
1. Memperbanyak puasa sunat.
Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
2. Bertaubat dan beristiqhfar
Taubat ialah pembersihan rohani kerana taubat itu menjadi tuntutan dalam agama supaya setiap diri individu yang sememangnya tidak ma‘shum ini melakukan taubat pada setiap masa dan ketika. Tegasnya hukum taubat itu adalah wajib dari segi syara‘. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah yang dikatakan taubat nasuha.
Taubat nasuha tidak akan tercapai tanpa mendatangkan terlebih dahulu syarat-syarat yang ditentukan. Umpamanya jika dosa itu antara hamba dengan Tuhan:
1. Hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu.
2. Hendaklah dia benar-benar menyesali dan merasa dukacita atas perbuatan maksiatnya itu.
3. Hendaklah dia berjanji dan berazam untuk tidak akan kembali mengulangi melakukannya.
Manakala jika dosa itu bersangkut paut dengan hak orang lain, maka selain syarat-syarat sebagaimana yang disebutkan di atas, ditambah lagi satu syarat iaitu hendaklah membersihkan dirinya daripada hak orang itu atau orang yang melakukan dosa itu memohon maaf kepada orang berkenaan.
Selain daripada itu, peranan taubat itu sendiri tidak terhenti setakat membersihkan diri daripada segala dosa dan maksiat. Lebih daripada itu ia juga merupakan suatu cara untuk kita sentiasa berlindung diri kepada Allah subhanahu wa Ta‘ala memohon keberkatan ketika kita memulakan dan membuat sesuatu pekerjaan yang berfaedah dan mengharapkan kurnia, taufiq serta diselamatkan daripada ditimpa musibah, kesusahan, kesulitan dan sebagainya.
Adapun istighfar itu pula ialah pernyataan memohon ampun kepada Allah daripada semua dosa. Lafaz istighfar itu di antaranya ialah  bererti: “Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung”.
3. Memperbanyak zikir dan berdoa
Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang mempersucikan Allah dan membersihkanNya dari sifat-sifat yang tidak layak untukNya.
Terdapat banyak ayat al-Qur'an dan hadis yang memerintahkan agar manusia mengambil berat tentang zikir. Banyak faedah yang diperolehi hasil daripada berzikir. Antaranya ialah:
i. Menenangkan hati:
Ini bersesuaian dengan janji Allah Subhanahu wa Ta‘ala bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.
ii. Kawalan Diri dan Perlindungan Malaikat:
Seseorang itu merasa terkawal kerana Allah sentiasa menyertainya di mana sahaja dia berada. Akibatnya paling minima dia takut hendak berbuat maksiat dan bersedia pula untuk melakukan ketaatan.
Bahkan dia juga mendapat kawalan sepenuhnya daripada malaikat. Bagi orang yang sekadar duduk di majlis zikir sekalipun tidak bersama berzikir akan mendapat juga rahmat Allah dan kawalan malaikat.
iii. Terpelihara Daripada Godaan dan Pujukan Syaitan.
iv. Meningkatkan Rasa Kecintaan Kepada Allah:
Untuk meningkatkan kecintaan kepada Allah, mestilah memahami dan menghayati bacaan tasbih, doa dan istighfar yang diucapkan itu.
Antara keistemewaan amalan zikir itu pula ialah:
i. Zikir boleh dilaksanakan bila-bila masa walaupun sedang melakukan pekerjaan tanpa terikat dengan waktu. Ia juga boleh dilaksanakan dalam keadaan duduk, tidur, berdiri dan baring.
ii. Boleh dilaksanakan walaupun dalam keadaan berhadas sama ada hadas kecil mahu pun hadas besar. Walau bagaimanapun makruh berzikir secara lisan ketika berada di dalam tandas.
Begitu juga dengan perkara doa. Doa boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan masa. Doa ialah memohon sesuatu hajat atau perlindungan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan cara merendahkan diri dan tawadhu‘ kepadaNya.
Selain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di bulan Sya‘ban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam, bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulan Sya‘ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat di bulan Sya‘ban berbanding bulan-bulan yang lain? Baginda bersabda:
Maksudnya: “Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”.
(Hadis riwayat an-Nasaie)
Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban
Adapun kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis shahih daripada Mu‘az bin Jabal Radhiallahu ‘anhu, bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :
“Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban)
Di Malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Berkata Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”
Menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban
Nisfu Sya‘ban ialah hari ke lima belas daripada bulan Sya‘ban. Malam Nisfu Sya‘ban merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Kenyataan ini dapat direnung kepada hadis yang diriwayatkan oleh Mu‘az bin Jabal Radhiallahu ‘anhu di atas.
Adapun cara menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidak berlaku pada zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan zaman para sahabat. Akan tetapi ia berlaku pada zaman tabi‘in dari penduduk Syam. Menyebut al-Qasthalani dalam kitabnya al-Mawahib al-Ladunniyah, bahawa para tabi‘in daripada penduduk Syam seperti Khalid bin Ma‘dan dan Makhul, mereka beribadat dengan bersungguh-sungguh pada Malam Nisfu Sya‘ban. Maka dengan perbuatan mereka itu, mengikutlah orang ramai pada membesarkan malam tersebut.
Para tabi‘in tersebut menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan dua cara:
1. Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam (qiamullail) untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.
2. Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.
Ada pun cara kita sekarang ini menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan membaca Al-Qur'an seperti membaca surah Yasin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabi‘in itu.
Amalan-Amalan Bid‘ah Dalam Bulan Sya‘ban
Dalam keghairahan kita menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban itu dengan berbagai cara ibadat, kita perlu berhati-hati agar tidak melakukan perkara-perkara bid‘ah.
Di antara perkara bid‘ah itu ialah bersembahyang sunat Nisfu Sya‘ban. Sembahyang ini sebenarnya tiada tsabit dalam ajaran Islam. Imam an-Nawawi dan Imam Ibnu Hajar telah menafikan adanya sembahyang sunat Nisfu Sya‘ban kerana suatu sembahyang itu disyariatkan cukup dengan sandarannya sama ada dari nash Al-Qur'an atau pun hadis.
Jika seseorang itu masih juga ingin untuk melakukan sembahyang, maka sayugialah dia mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat yang lain seperti sunat Awwabin (di antara waktu maghrib dan Isya'), sembahyang tahajjud, akhirnya sembahyang witir atau sembahyang sunat muthlaq bukan sembahyang sunat Nisfu Sya‘ban. Sembahyang sunat muthlaq ini boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja sama ada pada Malam Nisfu Sya‘ban atau pada malam-malam yang lain.
Adalah mendukacitakan pada malam yang penuh berkat dan keampunan itu, wujud perkara-perkara yang tidak selari dengan syara‘, iaitu adanya orang yang membuat hiburan atau mengadakan konsert pada Malam Nisfu Sya‘ban. Apatah lagi jika hiburan atau permainan yang diadakan itu melibatkan ramai orang Islam sehingga terlepas untuk merebut peluang beribadat dan berdoa pada malam tersebut. Perbuatan seumpama ini setentunya menyumbang kepada maksiat.
Sesunguhnya bulan Sya‘ban itu adalah bulan di mana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam lebih banyak berpuasa sunat dibandingkan pada bulan-bulan yang lain, iaitu sebagai persiapan dan persediaan untuk menghadapi bulan Ramadhan. Amalan Baginda itu sewajarnya dicontohi oleh sekalian umat Islam disamping bulan Sya‘ban itu sendiri mempunyai kelebihan yang tersendiri seperti Malam Nisfu Sya‘ban.
*********
FADHILAT SYA'BAN sumber: http://members.tripod.com/~DarulUlum/BH2
1. Telah memberitahu kepada kami Abdullah bin Yusuf Telah memberitahu kami Malik daripada Abi An-Nadhri daripada Abi Salamah daripada Sayyidatina 'Aishah telah berkata : Rasulullah S.A.W berpuasa sehingga kita mengatakan dia tidak berbuka dan baginda S.A.W berbuka sehingga kami berkata dia tidak berpuasa. Dan aku tidak pernah melihat Rassulullah S.A.W menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda S.A.W banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya'ban.
( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya )
2. Telah memberitahu kami Muaz bin Fudhalah telah memberitahu kami Hisham daripada Yahya daripada Abi Salamah sesungguhnya sayyidatina 'Aishah telah memberitahunya dengan berkata : Nabi S.A.W tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya'ban, dan baginda S.A.W telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya'ban. Dan adalah baginda S.A.W bersabda : Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan ( mewajib )kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W adalah sembahyang(sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda S.A.W apabila mendirikan sembahyang maka baginda S.A.W sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.
( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya)
3. Telah memberitahu kami Sufian bin 'Uyainah daripada Ibn Abi Labid daripada Abi Salamah telah berkata : Aku telah bertanya Sayyidatina 'Aishah tentang puasa Rasulullah S.A.W maka dia menjawab : Adalah baginda S.A.W berpuasa sehingga kami berkata : Sesungguhnya baginda S.A.W telah berpuasa dan baginda s.A.W berbuka sehingga kami mengatakan : Telah baginda S.A.W berbuka. Aku tidak pernah melihat baginda S.A.W berpuasa dari sebulan sahaja lebih banyak daripada puasa baginda S.A.W pada bulan Sya'ban. Kadang-kadang baginda S.A.W berpuasa Sya'ban sebulan penuh dan kadang-kadang baginda S.A.W berpuasa sedikit daripadanya.
(Diriwayatkan oleh imam Muslim di dalam sohihnya)
4. Telah memberitahuku Muawiyah bin Soleh daripada Abdullah bin Abi Qais sesungguhnya dia telah mendengar Sayyidatina 'Aishah berkata : Bulan yang disukai oleh Rasulullah S.A.W yang mana baginda S.A.W berpuasa padanya adalah bulan Sya'ban kemudian disambung puasa pada bulan Ramadhan.
( Hadis ini sanadnya Hasan dan diriwayatkan oleh Abu Daud, An-Nasaei, Ibn Khuzaimah, Al-Baihaqi dan Al-Baghawi)
5. Telah memberitahuku Al-Maqburi daripada Abu Hurairah daripada Usamah bin Zaid telah berkata: Aku telah berkata : Wahai Rasulullah! sesungguhnya kau telah melihat engkau berpuasa pada bulan yang mana aku tidak melihat engkau berpuasa pada bulan yang mana engkau puasa padanya. Soal Rasulullah S.A.W : Bulan apa? Aku telah berkata: Sya'ban bulan diantara Rejab dan Ramadhan yang mana melupai manusia mengenainya(diangkat kepadaNya) segala amalan semua hamba maka aku lebih suka amalanku tidak diangkat melainkan bersamanya aku berpuasa. Mka aku berkata lagi: Aku melihat engkau berpuasa pada hari Isnin dan Khamis dan tidak mengabaikan kedua-dua hari itu.Sabda baginda S.A.W : Sesungguhnya segala amalan semua hamba akan diangkat pada kedua-dua hari itu maka aku lebih suka tidak diangkat amalanku melainkan bersamanya aku berpuasa.
( Hadis ini sanadnya Hasan dan telah dikeluarkan oleh An-Nasaei, Imam Ahmad dan imam Al-Baihaqi )
HADIS MENGENAI KELEBIHAN MALAM NISFU SYA'BAN
1. Daripada Makhul daripada Malik bin Yakhamir daripada Muaz bin Jabal daripada Nabi S.A.W telah bersabda: Sesungguhnya Allah ta'ala memerhati makhlukNya pada malam nisfu(pertengahan) daripada Sya'ban maka Dia akan mengampuni semua makhlukNya melainkan orang yang syirik atau orang yang bermusuhan.
( Hadis ini isnadnya Hasan dan dikeluarkan oleh Ibn Habban, Al-Baihaqi dan At-Thobarani )
2.Daripada Hisham bin Hassan daripada ( Al-Hasan daripada) Usman bin Abi Al-'As daripada Nabi S.A.W telah bersabda : Apabila tibanya malam nisfu (pertengahan) daripada bulan Sya'ban, pemanggil akan memang- gil : Adakah daripada mereka yang memohon keampunan maka nescaya diampun baginya ? Adakah daripada kalangan mereka yang meminta maka akan diberi? Maka tidak ada seseorang yang memohon sesuatu melainkan akan diberi melainkan penzina dengan kemaluannya ataupun orang syirik.
( Hadis ini isnadnya Hasan dan dikeluarkan oleh Al-Kharaiti, Al-Baihaqi dan imam Sayuti)
Penerangan Hadis:
1. Hadis-hadis ini menjelaskan kepada kita bagaimana kelebihan bulan Sya'ban yang mana Rasulullah S.A.W sentiasa berpuasa bahkan melebihi bulan-bulan yang lain.
2. Hadis-hadis ini juga menerangkan bagaimana hukum berpuasa pada bulan Sya'ban iaitu sunat bukannya wajib. Oleh itu baginda S.A.W kadang-kadang berpuasa penuh sebulan pada bulan ini dan pada suatu ketika baginda tidak berbuat demikian. Kita perlu ingat bahawa setiap perbuatan Rasulullah S.A.W merupakan sunnah fi'liyyah (sunnah yang berasaskan perbuatan) yang boleh dijadikan hujjah di dalam mengeluarkan sesuatu hukum.
3. Baginda S.A.W juga menggalakkan kita agar di dalam melakukan sesuatu yang baik terutama dalam ibadat khusus seperti solat sunat, puasa sunat dan sedekah maka ia mestilah dilakukan secara berterusan walaupun sedikit. Kita kadang-kadang melakukan perkara ini secara banyak tetapi tidak berterusan dan ia dilakukan apabila timbulnya perasaan rajin sahaja. Ini menyebabkan kita kurang merasai hikmat dan kesan daripada amalan tersebut. Ini kerana apabila ia dilakukan secara berterusan akan mendatangkan kepada kita perasaan untuk menghisab dan menghitung diri sendiri secara berterusan dan ini akan melahirkan individu yang sentiasa berada dalam ibadat dan mengingati Allah setiap masa dan tempat sama ada ditikar sembahyang, ketika belajar mahupun ketika berkerja.
4. Galakan ini juga bertujuan untuk melatih dan membiasakan kita dengan berpuasa sebelum masuknya bulan Ramadhan yang memang kita mesti berpuasa padanya.
5. Baginda juga menekankan bagaimana seseorang muslim mesti percaya bahawa setiap amalan yang dilakukan bukanlah sia-sia malah ia akan diangkat kepada Allah untuk dihisab kualitinya. Apabila perasaan ini timbul sepanjang kehidupan dan peribadatan kita seharian akan menyebabkan kita semakin yakin kepada balasan Allah terhadap apa yang telah kita sama-sama tunaikan. Ini dapat menghindarkan diri daripada melakukan sesuatu ibadat sambil lewa dan penuh dengan perasaan malas dan juga mampu memberi peringatan agar jangan mendekati segala maksiat kerana setiap gerak laku kita diperhati dan dihisab oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.
6. Baginda S.A.W juga menjelaskan bagaimana adanya waktu-waktu tertentu yang mempunyai kelebihannya tersendiri seperti pada hari Isnin dan Khamis serta pada bulan Sya'ban terutama pada malam pertengahan bulannya. Baginda S.A.W juga mengajar kita agar menggunakan kesempatan yang ada dengan berdoa dan beribadah kepada Allah.
7. Islam mengajar kita agar menjaga masa dan menggunakan peluang yang ada untuk beribadat bukannya dihabiskan begitu sahaja disebabkan kita tidak merasa berdosa apabila tidak mempedulikan masa. Orang kafir mapu menjaga masa dan menggunakan masa untuk perkara berfaedah serta tidak kurang juga digunakan untuk mengatur strategi di dalam menyerang Islam. Adakah kita terus hanyut dibuai mimpi sedangkan musuh Islam telah lama merancang untuk menghancurkan kita.
8. Islam mahu melahirkan umat yang berkualiti dalam ibadat, masa dan pekerjaan yang mana ia tidak menyuruh kita sekadar menunaikan ibadat khusus seperti sembahyang, puasa dan bersedekah sahaja tetapi juga menekankan agar setiap ibadat yang dilakukan mampu melahirkan umat yang sedar siapa mereka dan apa tanggungjawab mereka. Ingatlah bahawa Rasulullah S.A.W pernah memarahi sahabat yang hanya mahu beribadat khusus sahaja sedangkan baginda S.A.W sendiri bukan sahaja merupakan orang yang kuat beribadat khusus, memohon keampunan malah baginda juga sebagai bapa, suami, ahli masyarakat dan juga yang paling besar dan berat adalah sebagai pemimpin negara. Semuanya dikira ibadat jika dilakukan mengikut landasan Islam. Kita jangan termakan dengan dakyah sesat golongan kuffar yang menyatakan ibadat adalah perkara yang berkaitan dengan sembahyang, puasa, haji dan ibadat khusus yang lain sahaja tanpa mempedulikan kewajipan kita yang besar seperti tanggungjawab terhadap kerja, keluarga, masyarakat setempat dan juga pemerintahan negara.
9. Islam mencela mereka yang syirik, berzina dan bermusuhan yang mana doa mereka tidak dimaqbulkan.
Biografi
1. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibnu Hajar jilid 4 cetakan Maktabah Al-Risalah Al-Hadisah
2. Syarah Sohih Muslim oleh imam An-Nawawi jilid 15/16 cetakan Darul Makrifah
3. Kitab Fadahailul Auqat oleh Abi Bakar bin Al-Husin Al-Baihaqi di kaji oleh Adnan Abdul Rahman Majid Al-Qaisi cetakan Maktabah Al-Manarah Makah Mukarramah.


sila comment di bawah :)